One Thing ♥

Posted on: @ 1:40 AM | 2 replied.

Solat Itu Menyihatkan!
[hover here]

Assalamualaikum semua. Hari ni Mala nak kongsi ilmu bersama dengan awak-awak semua *gediksjap.
Bacalah ye! 


*Ilmu ini dipetik daripada buku 'Mengapa Rasullah Tidak Pernah Sakit ' yang diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn . Bhd. 
 
SOLAT
Terdapat lebih   656  otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan , pergerakan & pengenduran semasa gerakan solat.

BERDIRI
Berdiri tegak & lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang . Secara ortopedik ,rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki & ekstremiti bawah menerima serta menampung  beban tubuh secara rutin.
  
TAKBIR
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup . Waktu itu , paru-paru mengembang & otot difragma  mendatar . Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya  dimana paru-paru mengempis & mengeluarkan nafas.

RUKUK
Posisi rukuk , terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal , memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang nelakang & tulang kemaluan . Ini melancarkan proses membuang air kecil & mencegah gangguan prostat. 


THUMA'NINAH
Thuma'ninah atau berhenti seketika .Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh , hati & fikiran kita menjadi segar kembal. 

SUJUD
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak , khususnya darah di saluran vena . Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah .

Setakat ini sahaja yang dapat Mala kongsikan bersama. =D

Saya ambik ni daripada: Adawiyah  

The Moral Of The Story:

-Rajin-rajinlah solat ye. 
-Kalau nak sihat, solat bagi cukup dulu. Insyaallah sihat. 
-Setiap yang Allah perintahkan kepada kita untuk buat, ada faedahnya tersendiri yang ungkin kita tak tahu.


« Newer Post / Older Post »


<< Back